Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Satu dalam lapan orang alami long COVID

    PARIS, 5 OGOS – Seorang dalam lapan orang yang dijangkiti COVID akan mengalami sekurang-kurangnya satu gejala long COVID, menurut salah satu kajian paling komprehensif mengenai keadaan itu setakat ini.

    Dengan lebih setengah bilion kes koronavirus dicatat di seluruh dunia sejak bermulanya pandemik, timbulnya kebimbangan yang meningkat mengenai simptom berpanjangan yang dilihat dalam mereka yang mengalami long COVID.

    Bagaimanapun, hampir tidak ada satu penyelidikan yang telah membandingkan penghidap long COVID dengan mereka yang tidak pernah dijangkiti, menjadikannya satu kemungkinan bahawa beberapa masalah kesihatan bukan berpunca daripada virus berkenaan.

    Satu kajian baharu yang disiarkan dalam jurnal The Lancet meminta lebih 76,000 orang dewasa di Belanda supaya mengisi soal selidik dalam talian mengenai 23 simptom biasa long COVID.

    Di antara Mac 2020 dan Ogos 2021, setiap peserta mengisi soal selidik 24 kali. Dalam tempoh itu, lebih 4,200 di antara mereka – 5.5 peratus – melaporkan dijangkiti COVID.

    Daripada jumlah itu, lebih 21 peratus mempunyai sekurang-kurangnya satu gejala serius tiga hingga lima bulan selepas dijangkiti. Kajian mencadangkan 12.7 peratus atau satu dalam lapan orang mengalami simptom jangka panjang. Simptom long COVID termasuk sakit dada, kesukaran bernafas, sakit otot, hilang deria rasa dan bau dan kelesuan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...