Satu kesalahan kompaun dikeluarkan

Oleh Yusrin Junaidi

BELAIT, 17 JUN – Bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya patuh pada undang-undang jalan raya di samping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalu lintas, satu operasi sekatan jalan raya telah dijalankan oleh Ibu Pejabat Daerah Polis Belait baru-baru ini di Jalan Tengah Seria kawasan berhadapanan dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Lorong 14 Panaga, Seria.

Bertugas seramai 12 orang ahli anggota Ibu Pejabat Daerah Polis Belait termasuk seorang anggota Balai Polis Panaga dan Skuad Tindakan Segera Belait yang diketuai oleh S/Sgt 3526 Haslan bin Hj Osman.

Operasi ‘Stop&Search’ telah dibuat dan hasil daripada sekatan jalanraya tersebut mendapati satu kesalahan kompaun dikeluarkan atas kesalahan lesen memandu mansuh.

Satu kesalahan kompaun dikeluarkan semasa operasi sekatan jalan raya di Seria.