Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Satu lagi skuad gergasi tumbang

DOHA, 23 NOV – Jepun menundukkan Jerman 2-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia malam tadi, dengan menghukum juara dunia empat kali yang gagal menyempurnakan peluang mereka semasa mendominasi babak pertama.

Pasukan Jerman datang ke Qatar di bawah tekanan yang besar untuk mengelak tragedi 2018, di mana mereka gagal untuk keluar daripada peringkat kumpulan dalam Piala Dunia Rusia.

Skuad kendalian Hansi Flick mendahului permainan melalui sepakan penalti pada babak pertama oleh Ilkay Gundogan.

Namun, Jepun bertahan dan akhirnya berjaya mencari gol penyamaan melalui pemain simpanan, Ritsu Doan pada minit ke-75.

Takuma Asano kemudian mempamerkan aksi menakjubkan lapan minit kemudian, menjaringkan gol kemenangan sekali gus menyebabkan suasana di bangku simpanan Jepun dan para penyokong riuh rendah.

Untuk rekod, Doan dan Asano bermain dalam liga Jerman, Bundesliga.

“Para pemain bersatu sebagai satu pasukan. Kami melakukan persediaan yang rapi, dan inilah yang membawa kami kepada kemenangan,” kata pengurus pasukan Jepun, Hajime Moriyasu.

“Begitu ramai para peminat kami datang ke Doha dan mereka berada di belakang kami untuk menyokong kami. Saya mahu pasukan memandang ke hadapan dan mencari ruang untuk diperbaiki serta memburu kemenangan untuk perlawanan seterusnya.”

Masa depan Jerman dalam Piala Dunia kali ini sekali lagi berada dalam bahaya, dengan perlawanan selepas ini menentang Sepanyol dan Costa Rica dalam Kumpulan E. – AFP

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) menjalani sesi latihan di Al Shahania SC, Barat Laut Doha. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -