Satu maut, 19 cedera hospital terbakar

BERLIN, 10 SEPT – Pegawai berkata seorang terkorban dan 19 yang lain cedera dalam satu kebakaran di sebuah hospital di bandar barat Jerman Duesseldorf.

Pihak berkuasa bandar berkata hari ini kebakaran meletus lewat semalam di Marienhospital Duesseldorf.

Seorang lelaki berusia 77 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap perkhidmatan bomba Duesseldorf Christopher Schuster berkata tujuh orang mengalami kecederaan serius kerana terhidu asap, empat di antara mereka dalam keadaan krtikal.

Punca kebakaran masih disiasat. – AFP