Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satu maut, 20 cedera dalam tembakan

    DUMAS, ARKANSAS, 20 MAC – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 20 yang lain cedera, termasuk kanak-kanak, dalam satu kejadian tembakan di luar pameran kereta di tenggara Arkansas kelmarin, menurut polis tempatan.

    Ketua polis Dumas, Keith Finch memberikan peningkatan jumlah korban tetapi berkata tidak berapa jelas berapa ramai kanak-kanak telah cedera.

    Seorang berada dalam tahanan, walaupun mungkin terdapat beberapa penembak, kata Finch kepada pemberita.

    Anggota tentera negeri dihantar sekitar jam 7:25 malam waktu tempatan ke Dumas terletak kira-kira 144 kilometer di selatan Little Rock, berikutan laporan tembakan di luar perniagaan tempatan tempat pameran kereta sedang dijalankan, kata jurucakap polis negeri Arkansas, Bill Sadler. – AP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda