Satu maut, 25 cedera pangsapuri meletup

BERLIN, 13 DIS – Seorang maut dan sekurang-kurangnya 25 cedera dalam insiden letupan sebuah pangsapuri di bandar Blanenburg, Jerman, hari ini.

Polis berkata, beberapa mangsa mengalami kecederaan kritikal dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti mangsa yang meninggal dunia.

Katanya, pihak polis sedang menyiasat sama ada letupan perbuatan disengajakan atau kemalangan.

Difahamkan letupan berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan di apartmen lima tingkat, menyebabkan serpihan bangunan melambung setinggi 60 meter.

Polis berkata, penghuni apartmen sudah dipindahkan dan pusat asuhan kanak-kanak berdekatan turut dikosongkan. – AFP

Pekerja kecemasan dilihat di luar bangunan pangsapuri yang rosak di Blankenburg, tengah Jerman, kelmarin. – AFP