Satu maut bas jatuh dari jejambat

WARSAW, 26 JUN – Satu maut dan lima cedera parah di Warsaw semalam apabila sebuah bas terjatuh beberapa meter dari jejambat, kata pegawai.

Seramai 20 orang cedera dalam kemalangan di mana sebuah bas terbabas selepas menyeberangi sebuah jambatan di Sungai Vistula.

Datuk bandar Rafal Trzaskowski, calon utama pilihan raya presiden pada Ahad, membatalkan kempennya untuk melawat tempat nahas.

Beliau mengumumkan satu siasatan telah dilancarkan dalam kejadian itu.

Menteri Kesihatan Lukasz Szumowski memberitahu wartawan lima orang berada dalam keadaan serius.

Penyiasat bomba berkata nahas mungkin berpunca daripada pemandu yang jatuh sakit semasa memandu. – AFP