Satu maut, empat cedera kejadian tikaman

AMSTERDAM, 23 MEI – Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam satu serangan tikaman di sini, manakala seorang suspek lelaki berusia 29 tahun ditahan di lokasi kejadian.

Polis Belanda berkata, kejadian lewat malam tadi di kawasan restoran dan bar berhampiran ibu negara itu tiada kaitan dengan kegiatan pengganas.

“Polis kini sedang melakukan siasatan penuh berhubung kejadian itu dan punca ia berlaku.

“Siasatan akan diketuai bahagian Perkhidmatan Pendakwaan Awam, yang kini sedang menyiasat pelbagai punca tetapi setakat ini, kes itu tidak menunjukkan motif keganasan,” kata polis dalam satu kenyataan. – AFP

Datuk Bandar Amsterdam Femke Halsema (tengah) bercakap dengan pegawai ketika mereka melihat kepada bunga yang diletakkan di jalan di Amsterdam pada 21 Mei 2021, berikutan serangan tikaman semalaman di ibu negara. – AFP