Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Satu maut, lapan cedera dalam serangan bom di Afghanistan

JALALABAD, 12 MAC – Sebuah bom meletup kelmarin semasa majlis penganugerahan kepada wartawan di bandar Mazare Sharif di utara Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan lapan, termasuk kanak-kanak, kata pegawai.

Letupan itu berlaku di pusat Tabian Farhang di Mazar-e-Sharif, ibu kota wilayah Balkh, ketika wartawan berkumpul untuk majlis penganugerahan pada pukul 11 ​​pagi, kata Mohammad Asif Waziri, jurucakap polis tempatan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Nafi Takor berkata lima wartawan dan tiga kanak-kanak cedera. Letupan itu membunuh seorang pengawal keselamatan, katanya.
Letupan berlaku dua hari selepas bom di Mazare Sharif membunuh gabenor wilayah, Daud Muzmal, dan dua yang lain. Empat orang cedera.

Antara wartawan yang cedera kelmarin ialah Najeeb Faryad, seorang wartawan stesen televisyen Ariana News. Faryad berkata, dia berasa seperti ada sesuatu yang memukul belakangnya, diikuti bunyi yang nyaring sebelum dia jatuh ke tanah.

Hujatullah Mujadidi, pemimpin Persatuan Wartawan Bebas Afghanistan, berkata pusat kebudayaan di Balkh mengadakan acara itu untuk menghormati petugas media dari utara negara itu. Beliau berkata 14 orang wartawan cedera. – AP

Seorang lelaki yang cedera terbaring selepas letupan bom di Mazar-e-Sharif, ibu kota wilayah Balkh, di utara Afghanistan. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -