Satu maut lelaki mabuk lepas tembakan

MOSCOW, 4 DIS – Seorang wanita terbunuh dan dua lagi cedera apabila lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk melepaskan tembakan dalam kejadian di Perm Rusia, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut pejabat Jawatankuasa Penyiasatan wilayah itu, seorang lelaki berusia 50 tahun yang menyimpan senapang tanpa lesen, terdahulu melepaskan tembakan di pangsapurinya.

“Dia kemudian meluru keluar dari pangsapurinya dan melepaskan tembakan ke arah seorang wanita dan lelaki.

“Turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang pemandu yang bekerja dengan pasukan Pengawal Kebangsaan,” kata jawatankuasa tersebut.

Lelaki itu kini berada dalam tahanan polis. – Bernama