Satu maut, puluhan dikhuatiri hilang dalam pelanggaran feri

GAUHATI, INDIA, 8 SEPT – Dua feri penumpang berlanggar hari ini di sebatang sungai di timur laut India, mengorbankan seorang manakala beberapa yang lain lagi hilang, kata pegawai.

Pelanggaran itu mengakibatkan sebuah bot karam di sungai Brahmaputra, kata Ashok Barman, timbalan suruhanjaya bandar Jorhat.

Nahas itu berlaku dekat Nimati Ghat, sebuah pelabuhan sungai di Jorhat, kira-kira 350km dari Gauhati, bandar negeri Assam.

Empat penumpang yang diselamatkan telah dibawa ke hospital, di mana seorang meninggal dunia, kata Barman.

Manakala seramai 60 lagi telah diselamatkan, menurut Prankrishna Gogoi dari Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri Assam. Menurutnya, kira-kira 120 orang penumpang berada dalam dua buah bot itu.

Punca pelanggaran masih belum jelas. – AP