MADRID, 8 MAC – Hampir satu pertiga destinasi di seluruh dunia ketika ini ditutup sepenuhnya kepada pelancong antarabangsa disebabkan oleh pandemik, menurut kenyataan dikeluarkan badan pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.
Kerajaan-kerajaan pada mulanya mengurangkan sekatan perjalanan tahun lalu tetapi menarik semula tindakan tersebut selepas virus baharu dikesan dan disebabkan oleh ‘situasi jangkitan yang berlarutan menjadi serius’, menurut laporan Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) yang berpangkalan di Madrid mengatakan.
Pada permulaan Februari, 69 destinasi daripada 217 di seluruh dunia, atau 32 peratus, ditutup sepenuhnya kepada pelancong antarabangsa – termasuk 30 buah di Asia dan Pasifik, 15 di Eropah dan 11 di Afrika.
Angka tersebut menurun dari ketika kemuncak pada Mei 2020 apabila 75 peratus daripada destinasi di seluruh dunia ditutup sepenuhnya, tetapi sehingga November 27 peratus telah ditutup.
Badan PBB berkata terdapat trend ke arah ‘lebih nuansa, bukti dan langkah berdasarkan risiko’ kepada sekatan perjalanan, seperti pelancong antarabangsa dimestikan untuk mendapat keputusan negatif semasa ketibaan.
Kira-kira satu pertiga destinasi di seluruh dunia kini menunjukkan ujian negatif ketika ketibaan di mana perkara tersebut menjadi kewajipan utama semasa baharu tiba, sering kali ditangani dengan menjalani kuarantin.
“Sekatan perjalanan digunakan dengan kerap bagi menyekat penularan virus. Kini, ketika kita berusaha untuk menyambung semula pelancongan, kami mesti mengenal pasti sekatan sebagai sebahagian daripada penyelesaian,” kata ketua UNWTO, Zurab Polilikashviili dalam kenyataannya.
Ketibaan pelancong antarabangsa menurun sebanyak satu bilion orang, atau 74 peratus pada 2020, menurut UNWTO, yang menggelar ia sebagai ‘tahun terburuk dalam sejarah pelancongan’.
Pandemik telah merugikan kira-kira AS$1.3 trilion bagi industri pelancongan dalam kerugian pendapatan, lebih 11 kali berbanding kerugian direkodkan semasa krisis kewangan global 2009.- AFP































