MOSCOW – Seorang tukang kasut, Sergei Murza membuat kasut yang diperbuat daripada kain satin untuk menjadikan kasut balet yang baharu selesai dibuatnya.
Kemudian dia menguji terlebih dahulu agar kasut balet seimbang dengan sempurna pada hujungnya.
Murza menghasilkan kasut di bengkel Moscow, Grishko, sebuah syarikat yang dibangunkan semasa zaman kejatuhan Kesatuan Soviet dan kini merupakan salah satu tempat pembuat kasut balet pointe di dunia.
Di negara yang lebih dikenali sebagai pengeksport minyak dan senjata api, Grishko adalah kisah kejayaan yang jarang berlaku bagi kraf tangan di Rusia, kasut tersebut dijual di seluruh dunia dan digunakan oleh penari-penari balet terbaik di seluruh dunia.
Ia tidak menghairankan, pengasas Nikolay Grishko berkata, aura yang mengelilingi kisah tradisi balet Rusia.



“Hanya di Rusia bahawa balet klasik telah mencapai tahap tertinggi,” kata Grishko yang berusia 71 tahun, yang mengasaskan syarikat itu lebih daripada 30 tahun yang lalu dan terus menjalankannya hingga sekarang.
Grishko telah mempelbagaikan perniagaannya seperti membuat pakaian dan pelbagai kasut tarian lain, tetapi kasut balet tetap di hati dan jiwa syarikat.
Hampir 80 peratus daripada pengeluarannya adalah untuk di eksport dengan Amerika Syarikat, di mana kasut itu di jual di bawah jenama Nikolay dan selain itu Jepun juga salah satu pembeli utama.
Diilhamkan oleh liberalisasi Kesatuan Soviet di bawah Mikhail Gorbachev, Grishko menubuhkan syarikat itu pada tahun 1988.
Seorang bekas diplomat yang ditugaskan di Laos dan juga merupakan profesor ekonomi, beliau menemui inspirasi ketika dia di rumahnya.
“Isteri saya adalah seorang penari, saya sudah tahu kasut balet yang diperlukan,” katanya di pejabat di kilang itu, dengan memakai baju kot warna gelap dan cermin mata hitam.
Apabila dia melancarkan perniagaan, teater-teater besar Rusia seperti Bolshoi mempunyai bengkel mereka sendiri yang membuat kasut balet. Tradisi itu kini hilang, namun kepakarannya dibina semula selama berabad-abad di dalam syarikatnya.
“Saya mengambil langkah yang terbaik dari tradisi kasut balet Rusia, yang telah dibuat sejak akhir abad ke-19. Tradisi ini diteruskan dibuat di dalam bengkel teater tetapi semakin menghilang selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991,” kata Grishko.
Kini, beliau mempunyai lebih daripada 500 orang pekerja di bengkel-bengkelnya seperti Moscow, Republik Czech dan Macedonia. Di Rusia, sepasang kasut balet Grishko dijual dengan harga 30 euro, di Eropah harga kasut tersebut kira-kira dua kali ganda dari harga di Rusia.
Bengkel Moscow terletak di atas kilang sejarah Hammer & Sickle, sebuah institusi zaman Soviet yang pernah menjadikan sebagai tempat kilang keluli.
Pembuat kasut Grishko bekerja dengan senyap ketika menghasilkan sebanyak 32,000 hingga 37,000 pasang kasut setiap bulan, hanya menggunakan bahan semula jadi.
Dengan kucing berkeliaran di sekeliling meja tempat mereka bekerja memotong kain, membuat gam mereka sendiri, memasang kasut dan mengeringkannya dalam ketuhar, sebelum pemeriksaan teliti bagi kualiti kasut tersebut.
Pekerja-pekerjanya kira-kira seramai 70 orang mempunyai masalah pendengaran, kata Irina Sobakina, timbalan ketua pengeluaran berusia 53 tahun, memuji “sensitiviti yang lebih tinggi dari tangan mereka sendiri”.
Di bengkel menjahit, Olga Monakhova, yang berusia 56 tahun dan telah bekerja di kilang selama 27 tahun, mengingatkan pesanan tempahan dari penari-penari terkenal seperti Anastasia Volochkova dan Nikolay Tsiskaridze.
Di seluruh ibu kota di studionya, penari Alexandra Kirshina melengkapkan latihan dengan menggunakan kasut balet yang dibuat khusus untuknya.
“Kami memakainya secara berterusan, jadi penting kasut itu perlu sesuai dan sempurna,” kata penari solo berusia 28 tahun itu dan wakil penari dari Moscow Ballet.
“Saya pernah menari menggunakan kasut ballet plastik dan saya mempunyai masalah besar dengan kaki saya.”
Penari-pernari bintang boleh memiliki sehingga 30 pasang kasut setiap bulan, tetapi bagi penari profesional memiliki 10 peratus daripada kasut jenama Grishko. Kebanyakan jualan pergi ke sekolah-sekolah balet.
Grishko berkata dia juga melihat beberapa klien yang baharu seperti wanita yang bosan dengan latihan aerobik kerana membosankan dan treadmill, oleh itu mereka memilih balet agar tubuh kekal langsing. – AFP