Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudara baru kongsi kegembiraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Setelah sebulan berpuasa dan mencari keredaan-Nya di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri adalah tanda kegembiraan bagi umat Islam dan saudara baru juga tidak ketinggalan merasakan kemeriahannya apatah lagi yang baru memeluk Islam.

    Seorang saudara baru dari Daerah Temburong, Hajah Siti Aminah binti Haji Mohd Hasim yang ditemui bual semasa kunjungan ke Rumah Terbuka Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, kelmarin, berkongsi pengalaman pertama berpuasa setelah memeluk agama Islam pada tahun 70an.

    Pengalaman pertama kali berpuasa, katanya, sukar terutama apabila bangun subuh untuk bersahur tapi setelah masuk tahun kedua, perkara tersebut sudah menjadi tidak asing lagi,

    Beliau turut mengongsikan bahawa pada tahun 70an tidak ramai yang memeluk agama Islam di daerah berkenaan disebabkan takut dan tidak mengetahui keistimewaan agama ini.

    Menurutnya, keinginan untuk memeluk agama Islam adalah dari hati sendiri dan apabila abang sulungnya menjadi ahli pertama dalam keluarga memeluk agama Islam.

    Hajah Siti Aminah mempunyai sembilan orang adik-beradik dan kini kesemua mereka telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka.

    Hajah Siti Aminah berkongsi kegembiraan pengalaman pertama menjalani ibadah puasa dan bersahur.
    Hajah Siti Aminah berkongsi kegembiraan pengalaman pertama menjalani ibadah puasa dan bersahur.
    Dayang Melia Menyambut raya pertama kali setelah memeluk Islam pada awal Januari lalu dengan bersederhana.
    Dayang Melia Menyambut raya pertama kali setelah memeluk Islam pada awal Januari lalu dengan bersederhana.

    Sementara itu, bagi Dayang Melia binti Abdullah, 64, yang baru memeluk agama Islam awal Januari lalu merasakan berpuasa dan pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri suatu kenangan yang paling berharga dalam hidupnya.

    Beliau yang tinggal di Rumah Panjang Kampung Amo itu, sedikit pun tidak merasa terasing dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana ramai saudara yang telah memeluk agama Islam.

    Menurutnya, timbulnya keinginan untuk memeluk agama Islam disebabkan persekitaran dan pergaulan dengan saudara mara yang telah memeluk Islam.

    Walaupun tahun ini kali pertama meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri beliau juga menyediakan beberapa hidangan seperti ayam yang dimasak dalam buluh sebagai hidangan untuk tetamunya pada pagi raya.

    Beliau juga menjelaskan, malam rayanya diisi dengan bertakbir di masjid bersama saudara mara yang lain dan beliau juga melahirkan perasaan gembira kerana saudara baru juga dijemput ke rumah terbuka yang dihoskan oleh Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama bagi sama-sama berkongsi kegembiraan dan mengeratkan hubungan di antara satu dengan yang lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda