Saudi Aramco disenaraikan ‘tidak lama lagi’

ABU DHABI, 10 SEPT – Ketua eksekutif Saudi Aramco, firma minyak milik kerajaan, berkata hari ini syarikat sudah bersedia untuk penyenaraian tempatan di bursa saham negara dan ia akan berlaku ‘tidak lama lagi.’

Amin Nasser enggan berkata jumlah yang akan disenaraikan oleh syarikat minyak negara di bursa Tadawul. Laporan telah timbul mengatakan 1 peratus daripada syarikat akan dijual dalam negara pada akhir tahun ini sebelum lebih banyak dijual di pasaran antarabangsa.

“Aramco bersedia untuk disenaraikan, mana-mana pemegang saham membuat keputusan untuk membuat penyenaraian, dan seperti yang anda dengar daripada Putera Abdelaziz semalam, ia akan berlaku tidak lama lagi, maka kami sudah bersedia,” beritahu Nasser kepada wartawan mengenai isu sampingan persidangan tenaga di Abu Dhabi.

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman pertama mengumumkan rancangan untuk tawaran awam syarikat pada 2016, berkata sehingga 5 peratus daripada syarikat akan dijual kepada awam. Kerajaan telah menangguh masa IPO, baru-baru ini untuk memuktamadkan satu perjanjian yang melihat Aramco memperoleh hampir AS$70 bilion saham dalam fima petrokimia Saudi SABIC.

Putera mahkota telah menilaikan Aramco pada AS$2 trilion, namun penganalisis meramalkan ia mungkin bernilai hampir AS$1.5 trilion. Walaupun pada harga tersebut, penyenaraian sebahagian daripada Aramco berpotensi menjadi IPO terbesar di dunia. – AFP

Pengerusi dan CEO Saudi Aramco, Amin Nasser, bercakap kepada wartawan pada Kongres Tenaga Dunia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, kelmarin. – AP