Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Saudi bakal anjur Sukan Asia Musim Sejuk di Trojena

    RIYADH, 4 OKT – Arab Saudi hari ini dipilih sebagai tuan rumah Sukan Asia Musim Sejuk 2029 di bandar mega futuristik bernilai AS$500 bilion di padang pasir yang menurut perancang akan menampilkan kompleks musim sejuk sepanjang tahun.

    “Padang pasir dan gunung-gunung di Arab Saudi tidak lama lagi akan menjadi taman permainan sukan musim sejuk,” kata Majlis Olimpik Asia (OCA) dalam kenyataan selepas keputusan dibuat semasa Perhimpunan Agung di Phnom Penh.

    Tawaran Arab Saudi ‘diluluskan dengan sebulat suara’, menurut kenyataan, dan mengambil maklum bahawa bandar mega yang dikenali sebagai NEOM akan menjadi bandar pertama di Asia Barat untuk menganjurkan acara tersebut.

    Pertama kali diumumkan pada 2017, NEOM sering meningkatkan keraguan kerana cadangan luar biasa seperti teksi terbang dan robot pembantu, malahan arkitek dan ahli ekonomi turut mempersoalkan kebolehlaksanaannya.

    Pada Julai, Putera Mahkota Mohammed bin Salman melancarkan pelan bagi sebuah projek dalam NEOM yang dikenali sebagai The Line, dua buah bangunan pencakar langit yang ditutup dengan cermin sepanjang 170km meliputi kawasan pergunungan dan padang pasir.

    Sukan Asia Musim Sejuk dijadualkan akan berlangsung di Trojena, kawasan NEOM “di mana suhu musim sejuk di bawah paras beku dan suhu sepanjang tahun secara amnya 10 darjah Celsius lebih sejuk berbanding rantau lain,” menurut laman sesawang projek.

    Bakal disiapkan pada 2026, Trojena akan merangkumi ski sepanjang tahun, tasik air tawar buatan manusia, chalet, rumah agam dan hotel mewah, tambah laman sesawang itu lagi. – AFP

    Ketua Pegawai Eksekutif NEOM, Nadhmi al-Nasr bercakap semasa hari terakhir Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh. Arab Saudi dipilih sebagai tuan rumah Sukan Asia Musim Sejuk 2029. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...