Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Saudi deposit AS$5 bilion dalam bank pusat Turkiye

    RIYADH, 6 MAC – Arab Saudi berkata hari ini ia akan mendepositkan AS$5 bilion dalam bank pusat Turkiye, satu rangsangan besar ketika negara itu bergelut dengan inflasi dan pemusnahan akibat gempa bumi pada bulan lalu sebelum pilihan raya presiden.

    Ahmed Al Khateev, Menteri Pelancongan Saudi dan Pengerusi Lembaga Dana Pembangunan Saudi, menandatangani satu perjanjian dengan Gabenor Bank Pusat Turkiye, Sahap Kavcioglu ‘untuk mendepositkan AS$5 bilion,’ kata kerajaan Saudi dalam satu kenyataan.

    “Deposit ini membuktikan kerjasama erat dan hubungan bersejarah yang terjalin di antara kerajaan Arab Saudi dan Republik Turkiye dan rakyat kedua-dua negara,” kata kenyataan.

    Keputusan itu, yang akan menambah rizab asing Turkiye dan membantunya memerangi inflasi, dibuat atas arahan Raja Salman dan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman.

    Turkiye telah pun berdepan inflasi tinggi dan mata wang lemah sebelum gempa bumi besar-besaran pada bulan lalu yang melanda sebahagian besar negara itu dan juga Syria, membunuh lebih daripada 50,000 orang.

    Dengan pilihan raya tinggal beberapa bulan, Erdogan mesti menyerap krisis ekonomi yang dianggarkan bernilai lebih daripada AS$34 bilion oleh Bank Dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...