Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Saudi lancar angkasawan wanita 2023

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 22 SEPT – Arab Saudi berkata hari ini ia akan melancarkan program latihan dengan matlamat menghantar angkasawannya sendiri, termasuk seorang wanita, ke angkasa lepas pada tahun depan.

    Negara itu kini aktif mempromosi sains dan teknologi sebagai sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030 untuk membaik pulih ekonominya serta mengurangkan kebergantungan pada minyak.

    Pelan itu, dipelopori Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, juga menggesa pemasukan wanita dalam tenaga kerja negara konservatif itu. Arab Saudi membatalkan pengharaman ke atas pemandu wanita pada 2018.

    Program Angkawasan Saudi, yang membentuk teras Wawasan 2030, akan menghantar angkasawan Saudi ke angkasa lepas untuk membantu mempertingkat kehidupan manusia,” kata Suruhanjaya Angkasa Saudi dalam satu kenyataan.

    “Salah seorang angkasawan adalah wanita Saudi, dengan misinya ke angkasa akan melambang misi bersejarah pertama untuk negara itu.”

    Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai program angkasa terkemuka di dunia, setelah melancarkan kapal angkasa ke orbit Marikh pada Februari 2021. UAE merancang melancarkan perayau bulan pertamanya pada November. Jika misi bulan ini berjaya, UAE dan Jepun, yang menyediakan kapal pendarat itu, akan menyertai AS, Rusia dan China sebagai negara yang telah mendaratkan kapal angkasa di permukaan bulan. – AP

    Putera Arab Saudi Sultan bin Salman bercakap pada Sidang Kemuncak Aeroangkasa Global di Abu Dhabi. Arab Saudi mengumumkan akan melancarkan program latihan bermatlamat menghantar angkasawannya ke angkasa pada tahun depan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...