Saudi mansuh pintu masuk mengikut jantina

RIYADH, 9 DIS – Restoran di Arab Saudi tidak lagi perlu menyediakan pintu masuk mengikut jantina, menurut pihak berkuasa, semalam, dalam perkembangan yang menyaksikan peraturan sosial ketat negara itu, kian terhakis.

Sebelum ini, Arab Saudi mewajibkan semua restoran mempunyai satu pintu masuk untuk keluarga dan wanita serta satu lagi untuk lelaki. Kementerian tempatan dan hal ehwal luar bandar mengumumkan pengasingan itu bukan lagi mandatori.

Selama berdekad-dekad, lelaki dan wanita yang tidak mempunyai hubungan sah dilarang bergaul di tempat awam yang dilaksanakan ulama terdahulu serta polis agama.

Jurucakap kementerian itu tidak menyatakan sama ada tempat duduk berasingan dalam restoran turut akan dihapuskan.

Peraturan baharu itu tidak wajib dan restoran masih boleh menggunakan pintu masuk berasingan, jika pemiliknya mahu berbuat demikian, katanya.– AFP