Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Saudi mohon jadi tuan rumah AWG

    RIYADH, 4 OGOS – Arab Saudi pada Rabu menyerahkan permohonan rasmi untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-10, lapor Xinhua.

    Permohonan itu dikemukakan Jawatankuasa Olimpik & Paralimpik Arab Saudi kepada Majlis Olimpik Asia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

    Andai diluluskan, Arab Saudi bakal menjadi negara pertama di Asia barat yang menganjurkan acara itu sejak pelancarannya pada 1986, selepas Jepun, China, Korea Selatan dan Kazakhstan.

    Pejabat Eksekutif Majlis Olimpik Asia akan mengadakan pertemuan di Kemboja pada Oktober sebelum mengadakan Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia bagi menyemak permohonan itu.

    Lebih 32 negara dan wilayah di Asia dijangka mengambil bahagian dalam temasya itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...