Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saudi sediakan AS$33.7 juta tangani kolera di Yaman

    JEDDAH, Arab Saudi, 6 Ogos – Arab Saudi telah berikrar untuk memberi AS$33.7 juta dalam membantu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membasmi kolera di Yaman, di mana penyakit itu telah membunuh hampir 2,000 orang, menurut WHO hari ini.

    Gregory Hartl, seorang jurucakap bagi pertubuhan itu, mengesahkan bahawa Arab Saudi, yang mengetuai pakatan Arab memerangi pemberontak di Yaman telah menandatangani satu perjanjian bagi dana berkenaan untuk membantu WHO memerangi penularan kolera.

    Kerajaan teluk yang kaya dengan minyak itu dalam satu keterangan berkata, wang yang dijanjikan kepada WHO itu adalah sebahagian daripada usaha keseluruhan untuk memerangi wabak kolera di Yaman. Riyadh berkata ia juga berjanji menyediakan AS$33 juta kepada agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), UNICEF bagi sebuah projek untuk memperbaiki kemudahan air dan sanitasi yang menjadi “pendorong epidemik itu.”

    Bantuan Saudi itu para awalnya diumumkan dalam bulan Jun oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

    Seorang doktor merawat pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit kolera di Yaman. – AFP
    Seorang doktor merawat pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit kolera di Yaman. – AFP

    Minggu lepas, pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, juga berikrar menyediakan AS$10 juta untuk membantu WHO menghalang merebaknya kolera di Yaman.

    UAE adalah ahli penting dalam gabungan pimpinan Saudi yang memasuki konflik Yaman dalam 2015 di pihak kerajaan menentang pemberontak Huthi Syiah yang disokong kerajaan Iran.

    Sejak itu, peperangan di Semenanjung Arab itu telah membunuh lebih daripada 8,000 orang, menurut angka yang dikeluarkan WHO. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda