Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Saudi tambah keluaran minyak kepada 13 juta BPD

    MANAMA, 16 MEI – Arab Saudi akan menambah kapasiti pengeluaran minyak hariannya sebanyak lebih satu juta tong kepada lebih 13 juta tong sehari pada awal 2027, umum menteri tenaga negara itu hari ini.

    “Kemungkinan besar keluaran akan mencecah 13.2 hingga 13.4 juta tong sehari (bpd), tetapi jumlah tersebut akan dicapai pada akhir 2026 atau awal 2027,” beritahu Putera Abdulaziz bin Salman pada sidang tenaga di Bahrain.

    Pengeluaran pada tahap itu akan dikekalkan ‘sekiranya pasaran membenarkannya,’ kata beliau.

    Syarikat minyak gergasi Saudi Aramco mengumumkan pada Mac 2020 ia telah diarahkan oleh kementerian tenaga supaya menambah kapasiti maksimumnya daripada 12 juta kepada 13 juta tong sehari.

    Tidak ada tempoh yang telah diberikan untuk mencapai sasaran baharu itu.

    Pengumuman pada hari ini dibuat sehari selepas syarikat tenaga Saudi, Aramco mencatat kenaikan 82 peratus dalam keuntungan suku pertama, dirangsang oleh kenaikan dalam harga minyak global yang berpunca daripada perang di Ukraine.

    Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia, telah menolak perjanjian AS untuk menambah keluaran dalam usaha untuk mengawal harga yang telah melonjak naik sejak perang meletus di Ukaine pada 24 Februari.

    Juga pada persidangan hari ini di Bahrain, Menteri Minyak Iraq, Ihsan Abdul-Jabbar Ismail berkata negaranya sedang mempercepatkan matlamat kapasiti pengeluarannya, menyasarkan enam juta tong sehari pada 2027 dan lapan juta tong sehari pada 2029. – AFP

    Menteri Tenaga Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman bin Abdulaziz Al Saud (kanan) dan Menteri Minyak Iraq, Ihsan Abdul-Jabbar Ismail semasa tiba pada persidangan Petroleum dan Gas Timur Tengah ke-29 di ibu negara Bahrain, Manama, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...