Saudi tembak dron militia Houthi

RIYADH, 26 JUN – Pasukan gabungan pimpinan Arab Saudi memintas dan memusnahkan dron dilancarkan militia Houthi yang menyasarkan kawasan kediaman di barat daya negara itu, demikian menurut Saudi Press Agency lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap gabungan Turki Al Maliki  berkata kelmarin bahawa Angkatan Pertahanan Udara Diraja Saudi memintas dan menembak jatuh dron yang menyasarkan kawasan kediaman awam di sempadan bandar Khamis Mushait.

Al Malki berkata militia Houthi sengaja menyasarkan penduduk dan fasiliti awam.

“Kami akan terus bertindak untuk memerangi pengganas dan mengatasi keupayaan Houthi, berdasarkan peraturan dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya. – Bernama