Saudi, UAE bincang peruntukan bagi projek di India

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, UAE, 28 NOV – Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu membincangkan rancangan untuk membangunkan kilang penapisan di Barat India, Maharashtra yang dijangka akan menelan belanja sekitar AS$70 bilion, satu anggaran yang telah melangkaui kiraan dalam peruntukkan yang telah ditetapkan sebelumnya.

Anggaran peruntukkan baharu itu dibentangkan semasa mesyuarat di UAE antara Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman dan Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed Al Nahyan petang kelmarin.

Kenyataan itu berkata kedua-dua pihak membincangkan inisiatif itu, yang pertama kali diumumkan pada 2018, untuk mengembangkan kompleks penapisan dan petrokimia, yang akan menjamin bekalan 600,000 tong sehari minyak mentah Saudi dan Emiriah untuk pasaran India.

Projek itu, yang akan dijalankan oleh konsortium yang termasuk Saudi Aramco dan ADNOC, masih belum dilaksanakan. – AP