Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Savea, Laulala bakal sertai skuad All Blacks selepas cuti paterniti

    WELLINGTON, 20 OKT – Pasukan New Zealand, All Blacks memberikan kebenaran kepada pemain yang bakal menjadi bapa, Ardie Savea dan Nepo Laulala semalam untuk menangguhkan perjalanan mereka ke Australia untuk Kejuaraan Rugbi.

    Jurulatih Ian Foster menamakan skuad 38 orang pemainnya untuk kejohanan itu, yang tidak akan menampilkan pasukan juara dunia, Afrika Selatan pada tahun ini.

    Flanker Savea dan Prop Laulala kedua-duanya diberi kebenaran untuk mengambil cuti paterniti dan dijangka melakukan perjalanan ke Australia setelah anak mereka lahir dalam satu atau dua minggu ke depan.

    Prop Joe Moody akan melakukan perjalanan dengan skuad pada Ahad ini tetapi masih menjalani ujian gegaran otak setelah pertembungan kepala dalam kejohanan Piala Bledisloe kedua menentang Australia di Auckland, Ahad lalu.

    Foster menyenaraikan Otago, George Bower dan pemain sayap Wellington, Du’Plessis Kirifi sebagai penganti. Pemain tengah Ngani Laumape dan Peter Umaga-Jensen telah mengatasi kecederaan untuk masuk ke dalam skuad, seperti yang dilakukan Mitchell Dunshea.

    New Zealand membuka kejohanan menentang tuan rumah Australia pada 31 Oktober di Sydney, dalam pertandingan yang juga akan menjadi yang ketiga dari empat kejohanan Piala Bledisloe dalam musim antarabangsa yang terjejas akibat virus. – AFP

    Aksi Ardie Savea (kanan) dari New Zealand semasa perlawanan persatuan ragbi Piala Bledisloe antara New Zealand dan Australia di Auckland pada 18 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda