Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Saya artis, bukan varian COVID-19 – Omarion

    Kehidupan penyanyi, Omarion tidak tenteram sejak dunia kecoh dengan kemunculan varian baharu wabak koronavirus iaitu Omicron.

    Omarion atau nama sebenarnya Omari Ismael Grandberry bukan sahaja risau dengan risiko penularan, tetapi namanya juga sering dikaitkan dengan varian virus penyebab COVID-19.

    “Hello semua, ini Omarion. Saya artis, bukan varian.

    “Jadi saya minta awda sedar bahawa jika awda bertemu saya di jalanan, tidak perlu kuarantin selama lima hari.

    “Anda juga tidak memerlukan keputusan ujian negatif untuk mendengar atau menari mengikut muzik saya,” katanya menerusi sebuah video pendek di media sosial.

    Penyanyi berusia 37 tahun itu turut mengucapkan selamat tahun baharu dan berharap orang ramai akan terus menjaga kesihatan mereka.

    Dalam pada itu, ini bukan kali pertama namanya tercemar kerana kumpulan vokalnya B2K juga pernah mengalami nasib yang sama.

    “Saya tahu terdapat banyak kekeliruan di Internet sejak kebelakangan ini. Jadi peguam saya meminta saya membaca ini.

    “Saya Omarion, seorang pemuzik dan penghibur bukan varian.

    “Kali terakhir saya terpaksa melakukan perkara seperti ini pada tahun 2000 apabila orang keliru antara Y2K dan B2K,” katanya dalam video lain di laman Instagram. – Agensi

    Ini bukan kali pertama nama Omarion terkait dengan isu semasa. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...