Saya bukan kacau suami orang – Risteena

Pelakon, Nur Risteena Munim, 31, tidak tersinggung dengan sendaan warganet gara-gara memuat naik kisahnya yang disangka kena culik selepas hilang daripada radar tunang, Isa Khan, 27, selama setengah jam, baru-baru ini.

Segelintir warganet mengutuk dan mengecam tindakan Risteena yang sering muat naik perkongsian kisah peribadi bersama Isa dalam Instagram (IG). Tak kurang juga meluat dan mahu termuntah melihatnya.

Baginya, dia hanya berkongsi apa sahaja yang diingini termasuk soal peribadi dan kehidupannya.

“Saya hanya kongsi apa sahaja yang dilalui setiap hari. Saya bebas memuat naik status dalam IG peribadi. Apa yang penting, saya tak kacau suami orang. Saya juga tak bercakap buruk fasal orang lain atau muat naik entri yang boleh mencacatkan mata orang.

“Semua orang berhak buat perkara yang sama, tiada siapa nak halang. Kenapa saya perlu menyekat diri untuk muat naik kisah kehidupan yang saya suka. Saya juga mahu abadikan momen manis ini.

Risteena tak pernah baca komen warganet dalam laman sosial. – Agensi

“Bagi saya, IG sudah seperti diari bergerak, malah saya tak fikir perkongsian akan tular atau sebaliknya. Saya tak minta jadi tular, niat hanya berkongsi,” katanya.

Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata, dia tidak boleh larang teman wartawan menjadikan perkongsiannya sebagai bahan berita.

Malah, berterima kasih dengan mereka berkongsi secara positif, tetapi biasalah, akan ada warganet akan melihatnya dari sudut negatif.

Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Playboy Itu Suami Aku itu berkata, dia tak mampu mengawal sikap negatif yang bersarang dalam diri sebahagian besar warganet. – Agensi