Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Saya bukan kurang ajar, tak profesional – Reen

    Insiden dicekik hingga hampir lemas ketika menjayakan babak dalam filem bergenre seram, Batu Syaitan cukup berbekas di hati pelakon sensasi, Reen Rahim.

    Bukanlah tidak profesional atau mengada-ngada, namun, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, merasakan kekasaran itu tidak seharusnya berlaku kepada pelakon gandingan.

    Jauh di sudut hati, juara program realiti, Pilih Kasih musim ketiga tidak terlintas memperbesarkan isu dicekik dan mempersoalkan cara lakonan aktor Fezrul Khan.

    “Bayangkan, saya dicengkam bahagian leher dengan kuat hingga seperti mahu pengsan.

    “Tangan tergapai-gapai memegang kepala dan paha Fezrul dan mengharapkannya segera menghentikan perbuatannya itu.

    Reen tetap professional menyelesaikan baki penggambaran filem, malah tidak menolak terus kerjasama dengan Fezrul biarpun selepas insiden dicekik. – Agensi

    “Saya menjerit secara spontan apabila babak selesai dilakukan. Saya nyatakan tidak perlulah melakukan kekasaran betul-betul hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada pelakon lain.

    “Saya bersuara bukan bersikap kurang ajar atau tidak bersikap profesional ketika bekerja.

    “Insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Belum pernah saya mengamuk sepanjang hampir sedekad berada dalam gelanggang seni dan berlakon dengan ramai pelakon lelaki,” katanya kepada BH Online.

    Selesai babak dan berehat, Reen berkata, dia menenangkan diri seketika. Dalam hati timbul rasa menyesal dengan tindakannya meninggikan suara dan mahu mohon maaf kepada Fezrul.

    “Bila keadaan reda saya menghantar mesej peribadi dan video bukti menunjukkan saya benar-benar sakit ketika melakonkan babak berkenaan.

    “Namun, Fezrul menafikan bertindak kasar dan menyatakan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

    “Sejujurnya, saya mengharapkan Fezrul memberi maklum balas positif dan mengaku kesilapannya.

    “Namun, sebaliknya berlaku. Fezrul berang dengan tindakan saya dan enggan lagi bekerjasama dengan saya pada masa akan datang,” ujarnya.

    Mengulas reaksi Fezrul, pelakon yang meledak populariti menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan 7 Hari Mencintaiku 3 itu berkata, dia tetap bersikap profesional dan sentiasa terbuka bekerjasama dengan Fezrul pada masa akan datang. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...