SHANGHAI, 24 Okt – Brooks Koepka memenangi setengah dari kejohanan Major tahun ini dan adalah pemain nombor satu dunia yang baharu, tetapi pemain Amerika Syarikat (AS) itu menegaskan dia boleh menghasilkan lebih baik ketika menerajui persaingan elit dalam Kejuaraan WGC-HSBC minggu ini.
Pemain Tahunan PGA AS 2018 itu adalah pemain yang perlu disaingi selepas membuat pukulan menarik pada pusingan akhir dengan 64 untuk mencatatkan kejayaan dalam Piala CJ di Korea Selatan minggu lalu dan mengungguli ranking teratas golf buat kali pertama.
“Cara saya beraksi pada masa sekarang, saya merasakan saya boleh menang di mana-mana,” kata Koepka, yang menduduki tempat kedua bersama di Shanghai pada tahun lepas, menjelang kejohanan yang menawarkan AS$10 juta yang bermula esok.
“Saya tidak merasakan saya berada di kemuncak sama sekali. Saya merasakan saya berada dalam kedudukan yang lebih baik. Anda hanya boleh meningkat.
“Dengan kematangan, keluar dari padang golf, anda belajar perkara baharu mengenai diri anda setiap hari.”
Pemain itu, 28, yang menggabungkan permainan bertenaga dengan sikap tenang, berkata dia merasa ‘tidak ada tekanan’ selepas melonjak ke ranking teratas. Memburunya adalah biasa bagi nama-nama bintang yang diundi setiap tahun ke Kelab Golf Antarabangsa Sheshan bagi pertandingan yang digelar ‘Asia Major’ yang membawa kemenangan bernilai AS$1.8 juta. – AFP
