Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Saya manusia pendosa – Niezam Zaidi

    Beberapa bulan lalu, kecoh kemesraan dan keintiman penyanyi Farisha Iris dengan pelakon kontroversi, Niezam Zaidi.

    Namun, empunya badan tetap bermain tarik tali, hanya menyatakan hubungan sekadar teman rapat. Namun, timbul persoalan apabila selalu berkongsi video momen manis bersama dalam media sosial.

    Bagaimanapun, video Farisha mendedahkan baru putus cinta dengan teman lelaki yang digambarkan ingin bertaubat tular, baru-baru ini.

    Nama bekas teman lelaki dikatakan bermula dengan huruf ‘N’. Justeru, ramai meneka ‘N’ yang dimaksudkan adalah Niezam.

    Menguatkan spekulasi hubungan Farisha dan Niezam apabila mereka dilihat hadir bersama pada majlis tayangan perdana filem Remp-it 2 lakonan Niezam, baru-baru ini.

    Niezam mendalami agama dan berhijrah selepas kehidupannya diuji, selain ibu sedang sakit. – Agensi

    Niezam berkata, dia suka mengajak rakan artis menemaninya ke tayangan perdana filem.

    “Selain Farisha, ada juga rakan lain seperti Syazwan Zulkifly dan Kodi Rasheed turut serta. Saya dan Farisha berkawan seperti biasa sejak dahulu. Kami tak pernah ‘declare’ apa-apa pun.

    “Saya selesa berkawan dengan Farisha. Bila kita faham hati ini milik Allah, saya tidak kisah orang nak cakap apapun. Apa yang pasti, hati saya juga milik Allah. Jika ada jodoh, adalah…

    “Namun, buat masa sekarang, kami fokus pada agama, keluarga dan kerjaya. Kalau ada acara begini, saya ajak Farisha, dia pun sudi menemani saya,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas berita mengatakan sedang mendalami agama dan berhijrah, Niezam berkata, dirinya sedar manusia tidak baik dan pendosa, jadi lebih afdal melakukan benda baik. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...