‘Saya masih bujang’ – Nana Sheme

Penyanyi, Nana Sheme, 25, hairan dengan segelintir pihak yang terkejut apabila mendapat tahu dirinya belum berpunya atau berkahwin.

Nana yang popular dengan lagu Hantu Atau Buaya mendakwa tidak faham mengapa status dirinya menjadi persoalan sesetengah pihak.

“Dari dahulu sampai sekarang, saya solo. Entah mengapa, status saya menjadi isu bagi sesetengah orang.

“Saya selalu menerima pertanyaan mengenai status diri. Ramai orang terkejut apabila mendapat tahu saya masih bujang. Mereka sangka saya sudah berkahwin,” katanya kepada media.

Nana berkata, biarpun masih sendirian, dia bukanlah ‘available’ atau boleh diajak berpacaran.

“Saya mahu kejar cita-cita sebelum berfikir soal itu. Kalau boleh, saya mahu berkahwin pada usia 30 tahun.

“Saya mahu fokus kepada karier kerana ada adik-adik kecil. Saya mahu tunjuk contoh yang baik kepada mereka,” katanya.

Berkongsi mengenai karier seni selepas dua tahun memberi tumpuan kepada pengajian, Nana atau nama sebenarnya, Nabilah Hashimi tampil dengan single baharu berjudul Ragu-Ragu. – Agensi

Meskipun Nana masih sendirian, namun dia bukanlah ‘available’ atau boleh diajak berpacaran kerana dia ingin fokus mengejar cita-cita. – Agensi