Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    ‘Saya masih dalam proses belajar’

    “Budak yang belajar berenang pun tidak dicampak ke bahagian dalam takut lemas.”

    Itu analogi Nelydia Senrose yang tampil berhijab sekembalinya daripada mengerjakan umrah, Disember tahun lalu, ketika berkongsi perubahan yang dialami terutama dalam terus istiqamah.

    Nelydia mengaku tidak berani mengulas berlebihan mengenai penampilan baharunya itu kerana menganggap dirinya masih dalam proses pembelajaran.

    “Saya mahu jalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti… Saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.

    “Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam… Bimbang lemas.

    Nelydia juga tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya. – Agensi

    “Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.

    “Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” katanya kepada media.

    Nelydia yang juga adik kepada Uqasha Senrose berkata, dia mahu menjadi muslimah yang lebih baik.

    “Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.

    “Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit… Aturan itu sangat cantik,” katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

    Menemuramah Nelydia pada sesi promosi drama Khilaf Asmara yang dibintanginya untuk siaran TV3, Nelydia atau nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen mengaku diburu kebimbangan andai hati berbolak-balik.

    “Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.

    “Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.

    “Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya.

    Pelakon filem Jebat itu juga sudah bersedia andai penampilan lamanya iaitu tidak berhijab dalam drama Khilaf Asmara diperkatakan peminat.

    “Penggambaran dibuat tahun lalu dan drama ini disiarkan bulan depan. Saya tak kisah jika ada yang mengadili imej dalam drama itu dengan penampilan sekarang.

    “Tidak semua orang faham apa yang dilalui kerana mereka (warganet) tidak berada di tempat kita.

    “Namun, saya percaya dan berharap mereka tahu proses untuk terus istiqamah mengambil masa selain berdepan cabaran dan ujian.

    “Saya harap peminat terus beri sokongan,” katanya.

    Nelydia, 27, juga tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya. Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya.

    “Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Saya tak gentar dan takut. Setiap daripada kita ada ujian masing-masing.

    “Boleh jadi kalau Tuhan sekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.

    “Saya percaya apa yang berlaku, contohnya, tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...