GENEVA, 18 MEI – Lawan pertama Roger Federer di Terbuka Geneva ketika pemenang Grand Slam 20 kali terus membuat kepulangan setelah mengalami kecederaan yang mengakibatkan dia tersisih selama setahun, mengetahui bertapa sukar untuk kembali selepas menjalani pembedahan berulang kali.
Federer akan bertemu pemain nombor 75, Pablo Andujar di Switzerland hari ini ketika dia memburu untuk mencari rentak sebelum Terbuka Perancis, Wimbledon dan Olimpik Tokyo.
Pemain Switerzerland berusia 39 tahun itu mencuba untuk kembali ke kedudukan tertinggi selepas menjalani pembedahan sebanyak dua kali pada bahagian lutut – sementara pemain Sepanyol, Andujar, 35, disisihkan sejak Mac 2016 hingga Januari 2018, kerana menjalani pembedahan siku sebanyak tiga kali.
“Saya merasa simpati terhadap semua pemain yang bergelut dengan kecederaan jangka panjang dan sudah semestinya Roger merupakan salah seorang daripadanya – dan saya mengetahui ia sangat sukar,” Andujar memberitahu wartawan.
“Kadangkala anda cuba untuk bangkit dan ia terasa sangat sakit dan terlalu banyak kesangsian, sangat sukar untuk kekuatan mental anda.

“Tetapi saya rasa dengan tahap yang dia capai dan bagaimana dia bermain, jika dia 100 peratus cergas, dia sudah pasti akan menjadi Roger Federer yang dahulu.”
Andujar memberitahu isterinya, “Ini adalah peluang terakhir saya,” melenyapkan segala kesakitan dan kesangsian yang ada.
“Anda perlu mempunyai mentaliti yang kuat, tetapi sebaik sahaja ia berakhir, saya rasa anda akan menikmati tenis lebih baik berbanding sebelumnya,” katanya.
“Sejak saya kembali, setiap kejohanan adalah istimewa,” – dan berpeluang bermain di Geneva berdepan Federer.
Lebih menarik, ini merupakan kali pertama mereka bertemu sesama mereka, meskipun dengan karier mereka yang panjang.
Andujar menjadi pemain profesional pada 2003 – tahun di mana Federer memenangi Kejohanan Wimbledon sulungnya. – AFP