KIEV, 27 Mei – Jurgen Klopp mengakui dia dalam keadaan terkejut dengan kesilapan yang merugikan dari Loris Karius dalam kekalahan Liverpool 3-1 bagi persaingan akhir Liga Juara-juara ketika menentang Real Madrid hari ini.
Penjaga gol Liverpool, Karius memainkan peranan besar dalam kekecewaan skuadnya di Kiev ketika dia memberikan dua gol kepada Madrid.
Penjaga gol itu memberi Karim Benzema gol pembukaan apabila melontar bola itu kepada pemain penyerang Perancis itu dan bola melantun menerjah ke gawang.
Kemudian, dengan Liverpool menjaringkan gol penyamaan lewat, Karius membenarkan sepakan jarak jauh Gareth Bale terlepas dari dakapan dan memasuki gawangnya.
Karius menangis sejurus wisel penamat, namun tidak ada seorang pun pemain Liverpool yang datang ke arahnya untuk menenangkannya.

Hanya bintang Madrid yang dalam kegembiraan melihat kebimbangan pemain dari Jerman itu, yang menangis dalam keadaan tidak terkawal, meluru ke arah penyokong Liverpool dengan memegang tangannya dalam usaha memohon maaf bagi kesilapannya.
Pengendali Liverpool, secara tidak terbuka menyalahkan Karius, namun menjelaskan perbezaan dalam perlawanan itu adalah kesilapan yang dilakukan oleh pemain yang ditandatanganinya dari Mainz pada 2016.
“Ya, apa yang boleh saya katakan? Karius tahu, semua orang tahu. Ia memalukan, dalam perlawanan seperti ini dan selepas semusim seperti ini. Saya merasakan kesedihannya, dia seorang yang hebat,” kata Klopp.
“Yang pertama…saya tidak tahu. Gol kedua muncul kerana gol yang pertama.
“Ia adalah sukar untuk mengelakkan pemikiran yang teruk dalam minda anda dalam perlawanan seperti ini.”
Di samping persembahan hambar Karius, satu lagi titik perubahan berlaku selepas kecederaan Mohamed Salah pada separuh masa pertama. – AFP