Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Saya pasti akan kembali – Pique

    BARCELONA, 6 NOV – Gerard Pique beraksi dalam perlawanan terakhirnya di Camp Nou dalam kemenangan Barcelona 2-0 ke atas Almeria dan memberitahu dia akan kembali dalam ucapannya.

    Pemain pertahanan tengah berusia 35 tahun itu, yang memenangi 30 trofi bersama kelab, termasuk tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan lapan La Liga, akan bersara daripada bola sepak selepas kunjungan ke Osasuna Selasa ini.

    Pique, yang menerima sorakan daripada peminat sepanjang permainan selepas 14 tahun bersama skuad utama Barcelona, diraikan selepas perlawanan dan dijulang oleh rakan sepasukan sambil diperhatikan lebih 92,000 peminat di Camp Nou yang memberikan penghomatan kepadanya.

    “Terima kasih kepada rakan sepasukan, kakitangan serta semua yang membantu kami menjadikannya nampak mudah.

    “Juga kepada lembaga pengarah, untuk tahun-tahun yang indah.

    Gerard Pique (atas), dijulang oleh rakan sepasukan selepas tamat perlawanan antara Barcelona dan Almeria di stadium Camp Nou di Barcelona, Sepanyol. – AP

    Apabila semakin berusia, kadang-kadang cinta adalah melepaskan segala-galanya.

    “Selepas hubungan penuh cinta dan kasih sayang, saya rasa sekarang saat untuk memberikan sedikit ruang, untuk mengundurkan diri.

    “Saya pasti pada masa depan saya akan kembali ke sini.

    “Ia bukan selamat tinggal. Saya pergi selepas 17 tahun untuk menenangkan diri. Datuk saya menjadikan saya ahli kelab.

    “Saya lahir di sini dan saya akan mati di sini,” kata Pique selepas tamat perlawanan.

    Pique, yang memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 bersama Sepanyol, menangis ketika berucap, sempat menyepak bola di atas padang bersama anak-anaknya ketika peminat bersurai. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...