Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya tidak marah tapi terkilan’

    PUTRAJAYA, 10 Ogos – Jaguh berbasikal trek Malaysia, Azizulhasni Awang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya terhadap kesalahan fakta dikeluarkan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, sehingga memaksa beliau menyuarakan ketidakpuasan hati di akaun Instagram miliknya.

    Azizulhasni menjelaskan tindakannya tersebut bukan mahu mengeruhkan keadaan tetapi kenyataan yang diberikan Datuk Abu Samah Abdul Wahab itu memberi kesan negatif kepada beliau terutamanya apabila dibaca pihak penaja.

    Semalam, Azizulhasni berang di Instagramnya, Azizulhasniofficial, dengan merujuk kenyataan akhbar bertajuk ‘Azizulhasni sukar ke Sukan Olimpik 2020’ dan ‘Misi Selamatkan Azizul’, dan menyifatkan fakta yang diberikan Abu Samah adalah salah.

    “Saya tidak marah tetapi terkilan apabila sebuah kenyataan akhbar dikeluarkan bukan sekali tetapi dua kali, laporan kedua selepas saya menghubungi Datuk Abu Samah sendiri. Terkilan sangat kerana kenyataan dikeluarkan salah.

    Azizulhasni Awang ketika sesi latihan pemanas badan untuk menghadapi temasya Sukan Asia 2018 di Velodrome National, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia pada 3 Julai yang lalui. – Bernama

    “Presiden juga tidak pasti dengan Sistem Kelayakan Olimpik terkini. Jadi bagi saya sendiri, secara profesional, kalau kita tidak pasti dengan sesuatu perkara jangan buat sebarang kenyataan. Kita perlu pastikan fakta diberikan betul.

    “Wartawan juga perlu pastikan maklumat ditulis betul. Impaknya kepada prestasi, karier serta kredibiliti saya. Penaja saya turut terkesan. Sebab itu saya tampil memberikan penjelasan, bukan kerana saya marah atau emosi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

    Azizulhasni berkata entri terkini dalam akaun Instagramnya itu adalah penjelasan kepada kesalahan fakta dalam laporan sebuah akhbar arus perdana bertarikh 5 Ogos dan 7 Ogos. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda