Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa’

    Penyanyi, Ismail Izzani, 22, akhirnya membuka mulut selepas dilihat melarikan diri selepas mencetuskan kontroversi dengan video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab hiburan tular menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

    Membuat kenyataan menerusi hantaran laman sosial, Instagram (IG) Story miliknya, Ismail menjelaskan bahawa dia tidak kisah mengenai apa yang orang hendak bercakap mengenainya.

    “Biarkan saya. Selagi saya menjadi diri sendiri dan keluarga tahu apa seterusnya, sudah memadai.

    “Katalah apa yang awda mahu kata. Saya terus kekal di landasan saya, jadi sayangi tenaga awda.

    “Semoga hari awda baik-baik sahaja,” tulisnya ringkas.

    Ismail Izzani menjelaskan bahawa dia tidak kisah mengenai apa yang orang hendak bercakap mengenainya. – Agensi

    Seterusnya, Ismail memuat naik foto sedang memegang pasport seolah-olah ingin membawa diri atau bercuti dalam IG Story. Menerusi hantaran seterusnya, Ismail memuat naik status penjelasannya.

    “Kepada semua, apa pun saya bergerak ke hadapan dan memperbaiki diri. Biar keluarga dan rakan sahaja tahu, itu sudah lebih daripada cukup.

    “Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana orang ramai tidak akan mengambil berat mengenai perkara betul atau salah. Dan, saya tidak mahu membuang masa mengenainya.

    “Saya mengakui kesilapan saya. Sebagai manusia biasa, saya akan sentiasa beringat di mana saya berdiri.

    “Buruk atau baik, saya masih menjadi diri sendiri. Jika ada yang mahu menganggap melarikan diri, teruskan.

    “Saya hanya tidak mahu membuang masa untuk menerangkannya kerana ia adalah kesilapan saya,” tulisnya.

    Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermirip Ismail dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

    Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya dipercayai dalam keadaan ‘lalok’. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...