Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    ‘Saya tidak sokong Lukashenko’

    PARIS, 7 JUN – Bintang tenis Belarus, Aryna Sabalenka kelmarin secara terang-terangan mengutuk peranan negaranya dalam perang di Ukraine dan menegaskan dia bukan penyokong Presiden Alexander Lukashenko.

    “Saya tidak menyokong peperangan, bermakna saya tidak menyokong Lukashenko sekarang ini,” kata pemain nombor dua dunia itu selepas mara ke separuh akhir Terbuka Perancis dengan menewaskan Elina Svitolina dari Ukraine. Pemain berusia 25 tahun itu telah mengalami tekanan yang semakin meningkat untuk menjauhkan dirinya daripada hubungan rapatnya dengan Lukashenko, sekutu tentera utama Moscow dalam konflik yang berterusan.

    “Kami bermain banyak Piala Fed di Belarus. Dia (Lukashenko) berada dalam perlawanan kami mengambil gambar bersama kami selepas perlawanan. Tetapi tiada perkara buruk berlaku pada masa itu di Belarus atau di Ukraine atau di Rusia,” katanya kepada pemberita.

    Sabalenka telah membatalkan dua sidang akhbar sebelum ini di Roland Garros, mendakwa dia tidak berasa ‘selamat’ selepas berdepan dengan pelbagai soalan berhubung kaitannya dengan pemimpin negaranya.

    Sebagai juara Terbuka Australia dan berpotensi nombor satu dunia selepas Terbuka Perancis, dia digesa oleh pesaing dari Ukraine untuk menggunakan platformnya bagi menentang secara individu peperangan tersebut.

    “Saya tidak mahu negara saya terlibat dalam sebarang konflik. Saya sudah cakap banyak kali. Awda tahu pendirian saya. Awda tahu jawapan saya,” katanya. – AFP

    Sabalenka memberi reaksi selepas memenangi perlawanan suku akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis menentang Svitolina di stadium Roland Garros, Paris, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...