Saya tidak yakin – Mourinho

MANCHESTER, 9 Ogos – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak akan menjangkakan pemain baharu akan masuk sebelum jendela perpindahan kelab Liga Perdana berakhir hari ini.

Mourinho berulang kali merungut mengenai aktiviti perpindahan pemain yang suram semasa pra musim dan memberi amaran awal minggu ini bahawa skuad Red Devil akan berdepan dengan musim yang sukar jika United tidak mengukuhkan skuadnya sebelum kempen baharu.

“Maklumat yang saya ada adalah tidak ada,” kata Mourinho apabila ditanya mengenai jika ada pemain baharu atau pemain yang akan keluar dari Old Trafford pada hari ini.

“Saya tidak yakin dan jendela perpindahan akan tutup hari ini jadi tiba masanya untuk saya sekurang-kurangnya untuk tidak memikirkan mengenai perpindahan ini kerana jendela perpindahan akan berakhir.”

United akan memulakan musim Liga Perdana menentang Leicester City di Old Trafford esok dan skuad kendalian Mourinho dihentam dengan masalah kecederaan dan kesuntukan masa selepas Piala Dunia.

Reaksi Mourinho semasa perlawanan persahabatan menentang Bayern Munich pada 6 Ogos lalu. Kelmarin, Mourinho menjangkakan United tidak akan membawa masuk pemain baharu di mana jendela perpindahan berakhir hari ini. – Xinhua

Penjaga gol Sergio Romero, pemain pertahanan Antonio Valencia, Diogo Dalot dan Marcos Rojo dan pemain tengah Nemanja Matic dan Ander Herrera terpaksa diketepikan esok akibat cedera.

Sementara itu, Paul Pogba, Jesse Lingard, Ashley Young dan Maroune Fellaini masih samar selepas kembali menjalani sesi latihan pra musim pada Isnin lalu selepas beraksi untuk Piala Dunia bulan lepas.

“Mereka kembali pada Isnin lalu dan berlatih pada Isnin, Selasa, Rabu dan hari ini jadi anda dapat bayangkan bahawa mereka belum cergas dan bersedia tetapi kami sangat memerlukan,” tambah Mourinho.

“Senarai yang saya berikan kepada anda sebelum pemain-pemain cedera merupakan senarai yang penting dan hari ini selepas latihan saya bercakap kepada kelompok pemain tersebut kerana setiap orang memiliki fizikal dan mental yang berbeza dan kita akan lihat bagaimana keadaan mereka.” – AFP