Sayangi haiwan

Saya ingin merujuk kepada surat yang bertajuk Set up animal shelters in every district dalam halaman Opinion Borneo Bulletin pada 28 Ogos lalu dan ia sangat mengharukan serta menyedihkan.

Perangan yang menyebutkan kaki kucing telah diikat dan dibuang ke dalam longkang memang tidak dinafikan lagi merupakan perbuatan dan mentaliti individu yang tidak berperikemanusiaan.

Kita selaku manusia boleh sahaja bercakap apabila mengalami pen-deritaan, kesakitan namun haiwan tidak terdaya dan tidak dapat berkata apa-apa walaupun ia mengalami penyeksaan yang begitu teruk. Bagaimanakah kita selaku manusia boleh bersikap tanpa belas kasihan?

Walaupun apabila seekor semut menggigit, kita pasti akan mengerutkan muka kerana ia menyakitkan. Apakah kucing ini apabila kakinya diikat dan dibuang ke dalam longkang? Orang ramai harus dididik supaya menyayangi haiwan daripada usia muda lagi. Mempunyai haiwan peliharaan menjadikan individu orang dewasa yang lebih baik. Saya fikir ibu bapa, penjaga dan guru mesti memupuk dalam minda kanak-kanak mengenai keperluan menjaga haiwan.

Seorang kanak-kanak yang membesar menjaga dan menyayangi haiwan akan menjadi orang dewasa yang akan menghormati ibu bapa,guru-guru, orang lebih tua, keluarga dan negara serta dunia. Saya berharap penyeksaan haiwan seperti yang disebut dalam surat dihentikan. Kami manusia adalah beradab dan harus bersikap bertamadun. – Pencinta haiwan