Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sayap, bahagian enjin pesawat ditemui

    WUZHOU, CHINA, 25 MAC – Beratus-ratus orang dalam kelengkapan hujan dan but getah mencari perakam kedua daripada pesawat jet yang terhempas bersama 132 penumpang di lereng bukit berlumpur di selatan China semalam.

    Tidak ada mangsa terselamat ditemui sejak China Eastern Airlines Boeing 737-800 menjunam ke kawasan gunung pada Isnin, namun pihak berkuasa berkata mereka masih mencari.

    Beberapa mayat dan bahagian enjin telah ditemui, selain barang-barang dari kokpit dan barang-barang kepunyaan penumpang, kata pegawai. Televisyen negeri menunjukkan anggota mencari di cerun berusaha mengeluarkan bahagian sayap putih dengan logo merah dan biru kapal terbang itu.

    Salah satu perakam kotak hitam, dipercayai perakam suara kokpit, ditemui pada Rabu. Kasing luarnya mengalami kerosakan tetapi silinder jingga masih dalam keadaan baik, kata penyiasat.

    Penyiasat berkata masih terlalu awal untuk membincang kemungkinan punca nahas. Pengawal lalu lintas udara cuba menghubungi juruterbang beberapa kali selepas melihat altitud kapal terbang menurun mendadak tetapi tidak menerima jawapan, kata pegawai.

    Semalam, pam digunakan untuk mengeluarkan air dalam lubang di tengah tapak nahas ketika hujan menghambat kerja untuk hari kedua.

    “Ribut hujan menyukarkan kerja,” kata Zheng Xi, ketua bomba rantau Guangxi, pada sidang media. Zheng berkata jalan raya berlumpur adalah amat sukar untuk dilalui sehingga beberapa anggota mencari berjalan ke tapak membawa alat dan kelengkapan lain.

    Lebih 300 anggota mencari mengambil bahagian, kata Huang Shangwu, penolong ketua bomba.

    “Pam air semalam menyumbang kepada penemuan kotak hitam,” beritahu Huang kepada wartawan di pusat berhampiran tapak nahas. – AP

    Gambar serahan Agensi Berita Xinhua menunjukkan pekerja menyelamat membawa kotak dipercayai mengandungi barang-barang kepunyaan mangsa di tapak nahas di Tengxian, selatan Guangxi Zhuang, China pada 24 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...