Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scaloni, Aimar kendali Argentina

    BUENOS AIRES, 3 Ogos – Lionel Scaloni dan Pablo Aimar akan mengendalikan pasukan kebangsaan Argentina secara sementara selepas pemecatan Jorge Sampaoli, menurut ketua Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA) kelmarin.

    Sampaoli telah dilepaskan daripada tugasnya bulan lepas selepas kempen Piala Dunia Rusia yang menyaksikan Argentina tewas 4-3 kepada Perancis pada peringkat 16.

    “Nanti kita akan memutuskan siapakah yang akan memegang jawatan itu secara tetap,” beritahu presiden AFA, Claudio Tapia kepada wartawan kelmarin. “Kami akan melakukan projek, lebih daripada segalanya. Kami mengambil masa untuk membuat pilihan yang betul.”

    Scaloni dan Aimar baru-baru ini telah berkecimpung dalam bidang kejurulatihan selepas mencapai kejayaan sebagai pemain. Scaloni, bekas pemain sayap Deportivo La Coruna, West Ham dan Lazio, mengumpul kap sebanyak tujuh kali untuk Argentina, menjadi penolong jurulatih Sampaoli dalam pasukan Argentina dan Sevilla. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda