Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

SCB beri penghargaan kepada media tempatan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Bagi menghargai media-media tempatan, Bank Standard Chartered (SCB) telah mengadakan Majlis Penghargaan Media yang berlangsung di Hotel Radisson, di sini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 100 orang wartawan dan penyunting dari sektor swasta terdiri daripada media cetak, elektronik dan online yang diraikan dengan persembahan nyanyian, perlawanan meneka secara berkumpulan diikuti dengan sesi foto.

Ketua Pegawai Eksekutif SCB, Anirvan Dastidar dalam ucapan alu-aluannya menyampaikan penghargaan kepada media yang selama ini sama-sama menyokong dalam menjayakan pelbagai program SCB dan majlis berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada mereka.

Selain disajikan hidangan istimewa, majlis juga diserikan lagi dengan cabutan-cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti Apple McBook Pro, iPhone 7, iPad, Apple TV dan tiket penerbangan.

Selain sebagai penghargaan kepada media-media tempatan, majlis juga dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka dan bersama kakitangan SCB.

Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.
Anirvan Dastidar ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Anirvan Dastidar ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Antara pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh pihak SCB.
Antara pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh pihak SCB.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -