BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Bank Standard Chartered (SCB) akan turut mengambil bahagian dalam Pesta Pelancongan Freme yang bakal diadakan selama dua hari bermula esok di Hotel Orchid Garden, di sini.
Menurut kenyataan SCB, pada pesta pelancongan berkenaan para pemegang kad kredit dan debit mereka akan layak menyertai cabutan bertuah bagi setiap perbelanjaan $50.
Sebanyak 100 beg bagasi American Tourister bakal dimenangi oleh para pemenang dalam cabutan bertuah berkenaan.
Para pemegang kad kredit dan debit SCB yang membuat sebarang pembelian menggunakan kad mereka semasa pesta pelanco-ngan berkenaan dan memilih untuk menukarkan pembelian kepada pelan ansuran EasyPay 0% bagi enam bulan juga akan menikmati pengecualian bayaran pempro-sesan.
Pelanggan-pelanggan kad kredit yang berminat yang mendaftar bagi Kad Kredit Standard Chartered juga akan menerima pengecualian bayaran selama tiga tahun.
Pemangku Ketua Produk dan Segmen Runcit, Wong Li Li dipetik sebagai berkata, “Ia merupakan peluang baik bagi pelanggan-pelanggan berpotensi untuk mendaftar bagi produk-produk kad kredit kami atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk kami yang lain semasa pesta berkenaan.
“Kad-kad kredit kami menawarkan ganjaran menarik serta diskaun-diskaun dan faedah di lebih 600 rakan hampir di seluruh bandar di Asia. Pemegang-pemegang Kad Debit Visa Standard Chartered juga boleh menikmati tawaran-tawaran menarik dan keistimewaan di lebih 3,000 syarikat di seluruh pasaran Standard Chartered di ASEAN dan Asia Selatan termasuk Brunei,” tambah beliau.