SCB, Singapore Airlines tawar promosi hebat

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Bank Standard Chartered (SCB) dengan kerjasama Singapore Airlines akan menawarkan promosi menarik kepada para pelanggan yang menggunakan Kad Kredit Mastercard Standard Chartered mereka mulai pertengahan September ini.

Promosi tersebut membolehkan para pelanggan untuk melakukan perjalanan dalam kelas perniagaan dan ekonomi premium pada harga diskaun apabila menggunakan Kad Kredit Standard Chartered Mastercard mereka.

Pemegang kad Standard Chartered juga boleh menikmati tambang diskaun eksklusif apabila membeli tiket kelas perniagaan dan ekonomi premium bagi destinasi terpilih.

Pelanggan yang ingin membeli tambang secara diskaun bolehlah terus melayari laman web utama Singapore Airline bagi mengetahui promosi berkenaan.

Di samping itu, pelanggan Standard Chartered yang mendaftarkan keahlian KrisFlyer dalam tempoh promosi tersebut juga akan menerima tambahan 500 KrisFlyer miles. Ganjaran tambahan ini hanya layak untuk pelanggan yang menetap di Negara Brunei Darussalam.

Pemangku Ketua Perbankan Runcit, Jocelane Basir berkata “Kerjasama dengan Singapore Airlines membolehkan kami menawarkan promosi menarik dan bermanfaat untuk kepentingan pelanggan dan klien bersama kami di mana promosi ini melengkapi aspirasi dan gaya hidup mereka.”

Kad Kredit Standard Chartered diiktiraf secara global dan memberikan pelbagai manfaat dan keistimewaan, di mana orang ramai yang ingin membuat permohonan bagi kad berkenaan akan menikmati pengecualian yuran tahunan setahun atau pengecualian yuran tahunan tiga tahun bagi permohonan kad Standard Chartered Hua Ho Mastercard Platinum.