SCB tawar ganjaran hebat kad kredit

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Bermula kini hingga 30 April 2017, semua pemohon kad kredit baru Standard Chartered akan mendapat ganjaran hebat dengan setahun pengecualian bayaran tahunan dan hadiah bagasi, barangan bertema perjalanan.

Bank Standard Chartered (SCB) dalam kenyataannya menjelaskan, setahun pengecualian bayaran tahunan berkenaan adalah bagi pemegang kad asas serta pemegang kad tambahan pertama.

Pelanggan yang tidak pernah mempunyai kad kredit Standard Chartered dalam tempoh 12 bulan kebelakangan layak untuk mendapatkan promosi berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, di samping pengecualian bayaran tahunan, pelanggan akan menerima hadiah, di mana pemohon kad kredit Visa Infinite yang berjaya akan menerima beg troli kabin American Tourister Puzzle Cube.

Pemegang kad kredit Visa Platinum pula akan menerima beg galas Targus, sementara itu, pemegang kad kredit Emas akan menerima beg kit produk mandian serta pau gajet.

Pemangku Ketua Produk-produk dan Segmen Runcit, Wong Li Li dipetik sebagai berkata, “Kad kredit Standard Chartered sinonim dengan pengiktirafan global, ganjaran-ganjaran menarik dan program-program penggunaan seperti 360 Rewards dan The Good Life.

“Kami mahu memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami kerana memilih Standard Chartered sebagai permulaan perhubungan yang bermanfaat bersama kami,” tambahnya.

Kad-kad kredit SCB diiktiraf secara global dengan Visa dan MasterCard serta menerima mata-mata ganjaran bagi setiap dolar yang dibelanjakan yang kemudiannya boleh ditebus segera bagi lebih daripada 100 baucar ganjaran di eKiosk bank.

Program The Good Life menawarkan lebih 3,000 diskaun dan tawaran menarik di seluruh Asia termasuk Singapura, Malaysia dan Hong Kong.

Untuk mendaftar kad kredit Standard Chartered, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.sc.com/bn atau berkunjung terus ke cawangan-cawangan Standard Chartered berdekatan.