SCB tawar ganjaran untuk pelanggan naik taraf Perbankan Prioriti

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Mulai sekarang hingga 31 Mei 2020, Bank Standard Chartered (SCB) menawarkan ganjaran eksklusif untuk pelanggan yang mendaftar atau menaik taraf perkhidmatan Perbankan Prioriti.

Pelanggan Perbankan Prioriti baharu akan diberi ganjaran dengan baucar perjalanan apabila mereka mendaftar dengan jumlah simpanan di antara $100,000 hingga $350,000, baucar bernilai $188 akan diberikan; simpanan $350,000 hingga $750,000 akan mendapat baucar perjalanan bernilai $388 dan simpanan $750,000 ke atas akan menerima baucar bernilai $688.

Selain itu, pelanggan Perbankan Prioriti yang melanggan produk Unit Amanah dan Bon semasa tempoh promosi akan menerima ganjaran tambahan. Ganjaran akan dihadkan pada $1,000 setiap pelanggan yang layak. Baucar bernilai $100 akan diberikan bagi setiap pelaburan sebanyak $50,000 untuk Unit Amanah dan pelaburan $100,000 untuk Bon.

Pemangku Ketua Perbankan Runcit, Jocelane Basir, berkata “Di SCB, keutamaan kami adalah untuk menawarkan produk dan perkhidmatan holistik yang membolehkan pelanggan berkongsi warisan mereka dengan orang tersayang. Penyelesaian Kekayaan kami yang komprehensif di bawah Standard Chartered Securities dengan kerjasama Pengurus Perhubungan berlesen dan rangkaian antarabangsa membuka standard perkhidmatan dan keistimewaan antarabangsa, manfaat dan ganjaran antarabangsa.”

SCB juga menawarkan Program Member Get Member yang diadakan sekarang hingga 31 Mei 2020 yang memberi ganjaran kepada semua pelanggan yang memperkenalkan kawan atau ahli keluarga mengenai Perbankan Prioriti SCB, dengan wang tunai bernilai $200 untuk setiap langganan yang berjaya.

SCB adalah satu-satunya bank yang menawarkan program ganjaran hubungan keseluruhan di mana pelanggan Perbankan Prioriti diberikan ganjaran dalam portfolio akaun dan pelaburan mereka, termasuk akaun semasa dan simpanan, deposit tetap, pelaburan dan pinjaman rumah dengan Poin Ganjaran kad kredit bulanan.