SCB tawar subsidi pinjaman perumahan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Bank Standard Chartered (SCB) kini menawarkan subsidi pinjaman bernilai $10,000 untuk warga Brunei yang ingin mendapatkan pinjaman rumah, bermula hari ini sehingga 31 Mac 2017.

Pelanggan boleh menikmati subsidi $10,000 yang sama pada minimum tempoh 10 tahun pinjaman rumah iaitu sekurang-kurangnya $150,000 di mana mereka akan layak mendapatkan subsidi $10,000.

Subsidi ini akan digunakan bagi pembayaran yuran, tetapi tidak terhad kepada dokumen undang-undang (tidak termasuk perjanjian jual beli), insurans kebakaran dan laporan penilaian.

Mana-mana jumlah subsidi yang tidak digunakan sehingga jumlah yang dihadkan akan dikreditkan ke akaun pelanggan.

“Yuran untuk membuat pinjaman rumah sering menjadi bebanan tapi kami di Standard Chartered akan membuat ia lebih mudah untuk pelanggan merealisasikan impian memiliki rumah sendiri,” kata Pemangku Ketua Produk dan Segmen Runcit, Wong Li Li dalam kenyataannya

Selain itu, pelanggan yang memohon kad kredit dengan pinjaman rumah mereka boleh menikmati pengecualian yuran tahunan bagi tempoh pinjaman rumah.

Bermula hari ini sehingga 30 April 2017, semua pemegang kad kredit baru Standard Chartered akan menikmati ganjaran yang besar dengan setahun pengecualian yuran tahunan dan hadiah berupa bagasi dan barangan perjalanan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran dari Standard Chartered, pelanggan boleh menghubungi talian pusat pelanggan 24 jam melalui 2658000 atau mengunjungi laman sesawang bank www.sc.com/bn.