Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Schalke sedia pecah-belahkan Bayern

    BERLIN, 19 Sept – Susulan permulaan terbaik mereka dalam musim Bundesliga dalam tempoh enam tahun, kebangkitan Schalke dalam mood yang baik menjelang pertembungan dengan Bayern Munich awal pagi Rabu, yang mana jurulatih Bayern, Carlo Ancelotti telah berdepan dengan kritikan dari bekas mentornya.

    Schalke telah memenangi tiga daripada empat perlawanan liga mereka, termasuk menewaskan RB Leipzig, di bawah kendalian jurulatih baru yang berusia 32 tahun, Domenico Tedesco.

    Mereka kini berada di kedudukan keempat, satu tangga di belakang juara Bayern, yang mempunyai rekod sama tiga menang dan satu kalah tetapi berada di kedudukan ketiga kerana perbezaan jaringan.

    Kemenangan di Gelsenkirchen mungkin meletakkan Schalke di atas pendahulu pada masa ini, Borussia Dortmund yang akan berdepan dengan Hamburg keesokan harinya.

    Tetapi Tedesco memberi amaran kepada pasukannya agar tidak terlalu memikirkan status pendahulu.

    Namun, terdapatnya suasana penuh yakin di sekitar Veltins Arena.

    Ancaman terbesar yang dihadapi Ancelotti dan pengarah sukan, Hasan Salihamidzic adalah mengekalkan kesatuan skuad yang mengalami keretakan kebelakangan ini.

    Baru-baru ini penyerang Robert Lewandowski telah mengkritik dasar perbelanjaan kelab.

    Arjen Robben mengkritik persembahan pasukan yang bergelut menentang pasukan Anderlecht, yang bermain 10 orang, sebelum menang 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu lepas.

    Dan Franck Ribery melontarkan jersinya di bangku simpanan selepas digantikan dalam perlawanan yang sama.

    Kini Ancelotti mendapat kritikan dari bekas jurulatihnya, Arrigo Sacchi.

    “Seorang yang semakin tua dan kehilangan semangat dan azam, itulah kehidupan,”kritikan halus Sacchi ke atas Ancelotti.

    “Saya dapat merasakan bahawa semangat dalam pasukan sudah hilang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda