Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Schalke tamat perjanjian dengan Gazprom Rusia

    GELSENKIRCHEN, JERMAN, 28 FEB – Kelab bolasepak Jerman, Schalke 04 mengumumkan hari ini bahawa ia telah menamatkan kerjasamanya dengan pasukan gergasi Rusia, Gazprom secara pramatang berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Perjanjian antara kelab Jerman peringkat kedua itu dan Gazprom sepatutnya berjalan sehingga 2025 dengan Schalke menerima kira-kira AS$10 juta setahun sebagai tajaan.

    Sekiranya kelab yang berpangkalan di Gelsenkirchen itu memenangi promosi kembali ke Bundesliga pada penghujung musim ini, angka penajaan akan meningkat kepada 15 juta euro setiap tahun.

    Schalke telah pun mengeluarkan logo Gazprom daripada baju mereka semasa keputusan seri 1-1 di Karlsruhe Sabtu lalu.

    Dalam satu kenyataan, Schalke berkata kewangan mereka “tidak terjejas oleh keputusan ini”.

    “Pihak pengurusan kelab yakin ia mampu menampilkan rakan kongsi baharu dalam masa terdekat.”

    Wakil Gazprom, Matthias Warnig meletak jawatan daripada lembaga penyeliaan kelab itu Khamis lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...